Kenapa Kita Perlu Tutup Lampu Ketika Tidur?




Tidur dalam keadaan gelap adalah salah satu sunnah Rasulullah dan juga salah satu teguran Rasulullah kepada para sahabat ketika itu ada satu kejadian kebakaran di salah satu rumah para sahabat.

Tidur adalah salah satu aktiviti merehatkan minda dan juga merehat fizikal seseorang itu. Namun tidak semestinya tidur yang cukup itu tidak mengundang kepada masalah kesihatan tubuh badan. Hal ini kerana untuk memiliki tidur yang sihat, kita hendaklah mengikut beberapa syarat tertentu dan diantaranya adalah tutup lampu ketika tidur.

Ini kerana:-

1) Api yang menyala itu boleh terbakar jika dilanggar oleh binatang perliharaan. Jika tidak pun lampu elektrik sekarang ini jika tidak di “switch off kan” boleh mengundang lintar pintas jika penggunaan melebihi had yang sepatutnya . Maka disini , adalah jelas sesuatu yang disuruh atau ditegah oleh Rasullulah saw itu mengandungi hikmah dan pengajaran yang tertentu bagi mereka-mereka yang berfikir.

2) Disamping tidur di dalam kegelapan ini supaya kita sebagai hamba mengakui kebesaran Allah swt dalam kegelapan dan merenung kehidupan kita apa yang boleh kita lakukan dalam kegelapan malam, serta bagaimana dengan kehidupan kita di dalam kubur yang gelap gelita nanti, jika tanpa ada bekalan yang mencukupi di dunia ini.

3) Menyenangkan atau memudahkan melelapkan mata setelah penat seharian berkerja di siang hari. Malam adalah masa untuk manusia merehatkan badan.

4) Sel-sel yang rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu siang, perlu diganti dan dibaiki sewaktu kita tidur pada waktu malam. Berdasarkan kajian, tubuh memerlukan suasana yang gelap untuk memperbaiki sel yang rosak. Oleh yang demikian, lampu perlu ditutup atau dipadamkan.

5) Pakar Biology Joan Robert mengatakan bahawa tubuh hanya akan menghasilkan Hormon Melatonin ketika tidak ada cahaya, i.e ketika lampu tertutup. Hormon ini adalah salah satu hormon pertahanan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser. Jika lampu terpasang, walau sekecil atau sesuram mana sekalipun, pengeluaran hormon melatonin akan terhenti.

6) Selain dari itu, professor Russle Reiter dari Texas University, mengatakan bahawa jika sekiranya kita tidur dalam keadaan lampu terbuka biarpun hanya satu minit, otak akan segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan unsur melatonin akan berkurangan.

Hormon melatonin adalah unsur yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya dipengaruhi oleh suasana gelap. Tahap pengeluaran yang paling tinggiadalah diantara pukul 2 – 4 pagi dan yang paling rendah adalah waktu petang.

0 Komentar untuk "Kenapa Kita Perlu Tutup Lampu Ketika Tidur?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info