Minda Kita Mudah Di Brainwash?

Brainwash adalah membuatkan seseorang itu menerima pakai kepercayaan yang baru atau berbeza dengan menggunakan teknik yang sistematik dan berulang-ulang secara paksa. 

Aku pun tak faham sangat dah apa kau tulis dekat atas tu. Macam ini lah lebih kurang maksud dia, kita cuba mengubah pemikiran orang tu dengan menghasut dia untuk percaya sesuatu fakta dengan cara paksaan.

minda+kita+mudah+di+brainwash

Entahlah ada orang faham ke tak pejelasan aku tu. Lantak la yang tu!..Tapi yang menjadi persoalan kini adalah senang sangatkah orang kita ini di 'brainwash'? Sebabnya kita sering mendengar berita orang kita sangat mudah diperdaya dengan segala macam bentuk penipuan, bukan satu dua tapi banyak kali.

Sejak bertahun-tahun orang kita tak pernah terlepas daripada ditipu skim cepat kaya, walaupun nama skim silih ganti bertukar, tetapi cara dan sistem yang dijalankan adalah hampir sama. Namum orang kita yang sudah tahu, tetap jua terjerumus ke dalam perangkap mereka. 

Mengapa, adakah disebab manis mulut si promoter itu, atau tersangat lemah minda kita untuk menilai baik buruknya sesuatu, mungkin juga kita mudah gelap mata dengan gandaan duit yang dijanjikan, atau apakah disebabkan sifat tamak haloba yang memerangkap kita?

Namum ada banyak cara sebenarnya yang digunakan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk memanipulasi minda kita, agar menpercayai sesuatu mengikut kemahuan atau fakta yang dibawa oleh mereka. Mari kita tengok siapa yang kena, minda siapa yang sudah berjaya dibrainwash hari ini?

Mungkin pernah terjadi kepada kita salah satu daripada yang berikut:-

  • Manipulator akan menawarkan kita beberapa pilihan, tetapi semua pilihan itu membawa kepada kesimpulan yang sama.
  • Idea atau frasa yang sama sering diulang-ulang untuk memastikan ia melekat di dalam otak kita.
  • Informasi pendek ringkas di sampaikan secara konsisten kepada kita, informasi ini membuatkan kita merasa teruja untuk tahu lebih lanjut, dan membuat kita ternanti-nantikan jawapan daripada manipulator tersebut.
  • Manipulasi emosi digunakan untuk meletakkan semangat kita berada ditahap tertentu, kerana ini kita sukar untuk menggunakan logik akal. Mungkin digunakan dengan cara menimbulkan emosi kesian, marah, sedih, gembira dan sebagainya.

Jadi berhati-hatilah kita kerana mungkin manipulator sedang mengawal apa yang kita tonton dan baca. Nampak tak permainan mereka, aku tak mahu hurai panjang-panjang. Korang boleh renung dan fikir sejenak.
0 Komentar untuk "Minda Kita Mudah Di Brainwash?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info