WAJIB BACA! JANGAN TIDUR PADA WAKTU INI!!



Tidur adalah keadaan merehatkan badan secara semula jadi yang dilakukan oleh semua jenis benda hidup di dunia ini seperti manusia dan haiwan. Tidur sangat baik untuk kembalikan kesegaran diri dan juga mencergaskan semula otak. Hal ini kerana, apabila kita tidur, kadar oxygen dalam badan kembali normal.
Namun begitu, hendaklah kita ambil peringatan bahawa ada masa masa tertentu kita boleh tidur dan dilarang tidur. Kalau kita amalkan tidur pada waktu yang terlarang, kemungkin besar tubuh badan kita akan menjadi tidak sihat dan penyakit-penyakit yang berbahaya akan menyerang tubuh badan kita.

WAKTU YANG DILARANG UNTUK TIDUR
1) Selepas Makan
- Jika kita terus tidur selepas makan atau minum, hal ini akan menyebabkan proses sistem pencernaan kita tidak berfungsi dengan baik.

2) Sepanjang Hari
- Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari, boleh mengakibatkan kita mudah untuk mendapat penyakit yang berbahaya terutamanya penyakit diabetes dan migrain

3) Selepas Solat Subuh dan Awal Pagi
- Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh. Hal ini kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki dan waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki yang halal. Sabda Nabi :“Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)”

4)  Pada Waktu Asar
- Setengah alim ulama’ mengatakan : “Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya, maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”

5) Sebelum Solat Isyak


- Lebih baik kita menunaikan solat Isyak pada waktunya terlebih dahulu sebab kalau setengah kita suka melewatkan sehingga terlupa untuk solat dan hingga tertidur. Lebur terus pahala solat Isyak dan tidak lengkap solat lima waktu kita.
0 Komentar untuk "WAJIB BACA! JANGAN TIDUR PADA WAKTU INI!!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info